Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

02 January 2015

   PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR OLEH YBHG. DATO' SRI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

             KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERHUBUNG DENGAN TARIKH MULA PERSEKOLAHAN YANG DITANGGUHKAN SEMINGGU UNTUK MEMBERI RUANG PERSEDIAAN BAGI MANGSA BANJIR. IA ADALAH SEBAGAI PENCERAHAN KEPADA KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN SEBELUM INI. SIARAN TELAH DIBUAT DI MEDIA MASSA DAN AKHBAR TEMPATAN.

         
SEPERTI SEDIA MAKLUM BAHAWA YAB MENTERI PENDIDIKAN PADA 29 DISEMBER 2014 TELAH MENGUMUMKAN PENANGGUHAN PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015 SELAMA SEMINGGU. SEHUBUNGAN ITU, TARIKH BARU PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI NEGERI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR ADALAH PADA 11 JANUARI 2015 (AHAD) DAN BAGI NEGERI-NEGERI LAIN AKAN BERMULA PADA 12 JANUARI 2015 (ISNIN). KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TELAH MENGELUARKAN SURAT SIARAN KEPADA SEMUA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEMUA SEKOLAH MEMAKLUMKAN TENTANG PENANGGUHAN TERSEBUT. UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI LAMAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

SUMBER :
PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

No comments:

Post a Comment