Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

AKTIVITI SEKOLAH


PROGRAM BEBAS DADAH & ANTIBULI.....telah dijalankan pada 10 Februari 2015 (Selasa) bagi mendedahkan murid-murid tentang bahayanya dadah dan kejadian buli yang berlaku di sekolah...anjuran Bimbingan & Kaunseling SKPK Jalan Hutton.





Ceramah tentang benci dadah dan antibuli oleh kaunselor sekolah Cikgu Noor Shuhaini..


Program ini  telah berjaya menambahkan pengetahuan murid tentang bahayanya dadah dan kejadian buli yang berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah.


































SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH telah berlangsung pada 16 Januari 2015 (Jumaat)...Kerjasama semua warga SKPK Jalan Hutton telah menyemarakkan lagi semangat dalam jiwa anak-anak murid SKPK Jalan Hutton..


Majlis Bacaan Yassin sebelum majlis perarakan sambutan maulidur rasul..



Perarakan Sambutan Maulidur Rasul  dengan iringan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W






Ceramah oleh Ustaz Muhd Mukhlis tentang Maulidur Rasul


Aktiviti kumpulan.....








Barisan guru-guru dan ppm SKPK Jalan Hutton yang banyak membantu dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul

PROGRAM GOTONG ROYONG & KITAR SEMULA telah berlangsung pada 23 Januari 2015 (Jumaat) bertujuan melatih murid untuk mempraktikkan amalan menjaga kebersihan dan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian...


Aktiviti Senamrobik dulu sebelum gotong royong....bersama tunjang belakang senamrobik Cikgu Zawadi,Cikgu Nor Idawati & Cikgu Nurhafzian...


Sesi mengenal tong Kitar Semula bersama guru-guru...Cikgu Shuhaini,Cikgu Zawadi...


















Aktiviti Gotong Royong semua guru,ppm,staf dan murid-murid SKPK Jalan Hutton


Membersihkan bilik stor sukan

Gotong -royong mengecat pintu hadapan sekolah

Membersihkan dan menanam pokok di kawasan kebun.

Membersihkan bilik guru
















Aktiviti Kumpulan ...Mengenal jenis bahan buangan yang boleh dikitar semula...bersama Cikgu Maslia,Cikgu Kogilavani,Cikgu Shahrizal..











Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhwan dan silaturrahim sesama guru,ppm,staf dan murid-murid SKPK Jalan Hutton...Kerjasama semua warga Hutton telah menjayakan program ini..





















PROJEK PENANAMAN FERTIGASI

 Objektif/matlamat :
Ø  Penyiraman Automatik. 
Ø  Membantu mengimbangi ekosistem dengan penghijauan sekolah.
Ø  Mengurangkan pembaziran air dengan jadual penyiraman yang tetap.

 Faedah :
Ø  Persekitaran sekolah lebih bersih dan hijau.
Ø Hasil tanaman boleh di jual dan di nikmati oleh murid dan warga sekolah. 

 Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :

Bil
Taman
Pihak yang terlibat
1
Taman Herba
Cik Nor Idawati bt Md Ilyas
2
Taman Bacaan dan ABM
Cik Nor Idawati bt Md Ilyas
3
Kolam
Ustaz Muhammad Mukhlis b Abdullah
   4Taman Alam SekitarEn Zawadi bin Ghani


 Status kemajuan pelaksanaan projek / pencapaian :-
Kawasan Fertigasi telah dibersihkan dan telah anak benih telah di tanam untuk   
       dipindahkan pada masa hadapan.
Anak benih yang dikenalpasti sebagai tanaman permulaan ialah sawi dan bayam 
       sementara cili akan di tanam sementara menunggu hasil sayuran yang ditanam.

Masalah / Kekangan yang dihadapi :
       Kawasan sekolah yang terhad dan kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari secara 
       terus menyukarkan pertumbuhan anak benih.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat

      Menyediakan rumah Hijau bagi meredupkan suasana dan menyediakan kawasan penanaman 
      benih. kawasan Fertgasi ditutup dengan jaring bagi mengelakan tanaman terkena bahang yang 
      melampau.


Perancangaan seterusnya
     Pihak sekolah dan PIBG akan meneruskan projek-projek penghijauan sekolah bagi 
     merealisasikan impian sekolah dalam taman. Penubuhan taman-taman baru dapat dihasilkan 
     dengan harapan agar dapat mendidik warga sekolah kepentingan bumi hijau.
 
Pintu Gerbang Taman Herba


 Fasa I Pembersihan Kawasan
Pembersihan Kawasan Untuk Fertigasi
 Tanaman dipindahkan ke kawasan yang baru





Memasukkan tanah ke dalam beg untuk penanaman



80% siap dan sedia untuk pemindahan anak benih

No comments:

Post a Comment