Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

20 February 2013

MAJLIS PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA

Majlis Pelancaran Kelab Rukun Negara SKPK Jalan Hutton telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Februari 2013 yang lalu. 
Majlis pelancaran ini dimulakan dengan aktiviti perhimpunan, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang, lagu sekolah SKPK Jalan Hutton
serta lagu rasmi Rukun Negara.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembacaan pembaharuan ikrar yang diketuai oleh Encik Sarkuna dibantu oleh Puan Norahanum dan Encik Afiq.
Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti senaman ringan yang diketuai oleh Encik Azarudinamri.
Aktiviti lain yang melibatkan penghayatan rukun negara juga diselitkan bagi memupuk murid untuk menghayati rukun negara.







No comments:

Post a Comment