Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

19 November 2012

Program Raya Merdeka

Program Raya Merdeka ini bertujuan bagi persiapan menjelang Hari Raya dan Hari Merdeka.
Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 Ogos 2012 dan 3 Ogos 2012.( Hari Khamis & Jumaat)

__________________________________________
HARI PERTAMA
_________________________________________
Program pada 2 Ogos 2012, (Khamis) -  Ceramah oleh Ustaz Muhd Mukhlis b Abdullah, menyanyikan lagu-lagu Hari Raya (beramai-ramai), demonstrasi cara menganyam ketupat oleh Cik Zuraida bt Ahmad, pertandingan membuat ketupat, pertandingan mewarna dan membuat kad raya dan tayangan.           Program berakhir pada jam 12.40 pm



__________________________________________
HARI KEDUA
_________________________________________

Jumaat (3 Ogos 2012) - Ceramah Patriotik oleh Cik Noor Shuhaini bt Husain dan lagu-lagu Patriotik yang dinyanyikan bersama-sama murid dan guru.
Aktiviti yang selanjutnya ialah aktiviti mewarna Jalur Gemilang dan program pada hari tersebut berakhir pada jam 12.10 tengah hari.

No comments:

Post a Comment