Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

15 October 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012
                                                                  SKPK Jalan Hutton
telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Oktober 2012,  (Jumaat)
di Bilik Dahlia, Kompleks Dewan Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
Majlis bermula jam 8.30 Pagi dan berakhir pada 12.00 Tengah Hari.
Perjalanan majlis adalah seperti di bawah :

 Pendaftaran ibu bapa dan hadirin yang hadir.

 Antara sebahagian ibu bapa yang hadir lebih awal dan sedang menunggu majlis bermula.
 Murid yang bersedia sebelum majlis bermula.
 Persiapan 'backdrop' dan hadiah-hadiah yang disediakan oleh guru-guru dan staf, SKPK Jalan Hutton

 Barisan VIP iaitu terdiri daripada pihak pentadbir dan YDP PIBG serta Naib YDP PIBG.
 Persembahan tarian sebagai pembukaan Majlis oleh murid-murid yang bertajuk 'Selamat Datang'

 Ucapan oleh Puan Mariana bt Yusuf selaku Guru Besar yang mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini.
 Guru-guru dan staf SKPKJH yang turut hadir untuk memeriahkan majlis.
 Ucapan perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2012 oleh Encik Baharoom bin Omar, YDP PIBG SKPKJH.
 Persembahan diteruskan oleh Adik Noor Dyzulakhmal, menyampaikan pembacaan cerita 'Ommi Dihukum' yang dibimbing oleh Puan Maslia dan dibantu oleh Encik Afiq.
 Upacara penyampaian hadiah dimulakan dengan kelas Prasekolah, Kasih 1 dan Kasih 2 oleh Encik Iskandar, Penolong Kanan Kokurikulum.



 Persembahan diteruskan oleh murid-murid Prasekolah yang bertajuk 'Yes','No','Please', and 'Thank You'
 Acara penyampaian hadiah oleh Penolong Kanan HEM, Puan Yew kepada murid-murid dari kelas Kasih 3.
 Acara persembahan Boria yang menceriakan para hadirin.
 Demonstrasi Kiraan Cepat dan Sempoa yang dikendalikan oleh Encik Afiq dan Encik Ismail.

 Acara Penyampaian Hadiah diteruskan kepada murid-murid kelas Kasih 4 oleh Puan Vivien Pitchai, Penolong Kanan Pentadbiran.

 Persembahan Pentomin 'Bunga Matahari' oleh murid-murid kelas Prasekolah, Kasih 1 dan Kasih 2.
 Naib YDP PIBG, Puan Noormah menyampaikan hadiah kepada murid-murid kelas Kasih 5.
 Anugerah Jasa Bakti disampaikan kepada guru yang telah berkhidmat selama 8 tahun di SKPK Jalan Hutton dan penerimanya ialah Cik Nor Idawati bt Md Ilyas.
 Murid-murid bersedia untuk slot Graduasi Prasekolah
 Murid-murid membuat persembahan Nasyid 'Erti Fatihah'
 Murid-murid Prasekolah yang bergraduasi bergambar kenangan bersama guru Prasekolah, barisan pentadbir dan YDP PIBG serta Naib YDP PIBG.
 Anugerah 'Selamat Tinggal Sayang' turut diberikan kepada murid-murid yang akan berpindah  ke sekolah menengah pada tahun hadapan, 2013
 Acara Penyampaian Hadiah seterusnya ialah 'Anugerah Sijil Sihat' yang diberikan kepada guru-guru yang tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tahun 2012. 
Penerima-penerima anugerah tersebut ialah Puan Mariana Yusuf, Puan Nurul Maslia Hidayu Shohodin, Encik Mukhlis b Abdullah, Encik Khairil Adzfar bin Ya dan Encik Shahrizal b Abu Seman. TAHNIAH!




 Upacara persembahan diserikan dengan nyanyian lagu 'Rasa Sayang' secara beramai-ramai oleh murid-murid SKPKJH.
 Persembahan solo dari adik Nur Syakhila bt Omar sebagai penutup Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2012.
 Warga SKPKJH bergambar beramai-ramai bersama murid-murid dan para hadirin 
 Barisan guru-guru lelaki SKPKJH dan Guru Besar.
 Barisan guru-guru perempuan dan PPM SKPKJH.
Barisan guru-guru dan PPM SKPK Jalan Hutton.

No comments:

Post a Comment