Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

26 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKPK Jalan Hutton berjaya dijalankan dengan jayanya pada 24 Mac 2012 yang lepas pada hari Sabtu.
Bagi jawatankuasa PIBG tahun ini, jawatankuasa tertinggi PIBG masih dikekalkan iaitu dipengerusikan oleh Encik Baharoom bin Omar, Naib Pengerusi ialah Puan Noormah bt Alla Pitchay, Setiausaha, Cik Nor Idawati bt Ilyas dan Bendahari, Cik Kamilah bt Syed Sultan.
Mesyuarat PIBG dimulakan pada jam 9.00 Pagi dan dimulakan dengan jamuan ringan sebelum meneruskan dengan Mesyuarat yang dijalankan tepat jam 9.15 pagi.
Mesyuarat ini berakhir kira-kira jam 12.45 Tengah Hari.
Apa yang menarik mengenai Mesyuarat Agung PIBG kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah, Mesyuarat kali ini mempunyai acara Cabutan Bertuah untuk menggalakkan ibu-bapa menghadiri mesyuarat ini. Kira-kira 25 buah hadiah yang disumbangkan oleh guru-guru, pentadbir dan ibu bapa ini berjaya dimenangi oleh guru-guru dan ibu bapa yang bertuah.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis.



 Mesyuarat PIBG ini dikendalikan oleh PK Kokurikulum, Encik Iskandar. Bacaan doa oleh Ustaz Mukhlis.
 Antara ibu bapa  dan guru yang hadir.
 
 Acara penyampaian hadiah untuk pemenang bertuah.




Guru-guru dan ibu bapa bergambar beramai-ramai sebaik Mesyuarat PIBG selesai.

No comments:

Post a Comment