Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

14 February 2012

Gotong royong warga SKPK Jalan Hutton bersama Ibu Bapa 2012

Pada 11 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu , semua guru , staf SKPK Jalan Hutton bersama ibu bapa bergotong-royong. Tujuan utama mengadakan aktiviti gotong royong ini adalah untuk menyediakan tapak refleksologi di kawasan sekolah. Selain itu ianya bertujuan bagi merapatkan silaturrahim di kalangan warga sekolah dan juga pihak ibu bapa. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini.

No comments:

Post a Comment