Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

05 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPK JALAN HUTTON 2011
DI HOTEL NAZA TALYYA, TANJUNG TOKONG, PULAU PINANG

Hari Anugerah Cemerlang SKPK Jalan Hutton diadakan di Hotel Naza Talyya, Tanjung Tokong Pulau Pinang pada 28 Oktober 2011 yang lepas.
Majlis dirasmikan oleh Encik Fadzil bin Abdullah,
Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Majlis juga disertai oleh tetamu-tetamu VIP yang lain iaitu Encik Mazli dan Puan Hajjah Anita dari Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Mariana bt Yusuf, Guru Besar SKPK Jalan Hutton,
diteruskan dengan ucapan oleh Yang DiPertua PIBG, Encik Baharoom bin Umar dan ucapan perasmian oleh Encik Fadzil binn Abdullah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan diselangi dengan upacara penyampaian hadiah.
Majlis berkahir kira-kira jam 12 tengah hari.

Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.








No comments:

Post a Comment