Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

13 June 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan pada 21 Mei 2012(Isnin). 
Warga SKPKJH amat berbesar hati kerana En Baharoom b Umar, YDP PIBG, Pn Normaah bt Pitchai, Naib YDP PIBG dan beberapa orang ibu bapa turut menyertai sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Majlis sambutan Hari Guru dimulakan dengan perhimpunan pagi di mana guru-guru,wakil-wakil PIBG, semua ibubapa yang hadir dan murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu 1Malaysia.

Selepas perhimpunan, semua guru dan murid berkumpul di Dewan Mini SKPKJH.
Acara dimulakan dengan sambutan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan ke dewan diiringi dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang yang diketuai oleh ustaz  Muhd Mukhlis b Abdullah.
Kemudian, semua guru melafazkan Ikrar Guru yang diketuai oleh Encik Iskandar bin Ismail
 dan seterusnya menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'.



Acara diteruskan dengan majlis jamuan makan, aktiviti permainan guru dan murid, persembahan oleh guru dan persembahan oleh murid.








No comments:

Post a Comment