Search This Blog

SKPK JALAN HUTTON

BLOG SKPK JALAN HUTTON

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

22 May 2012

PROGRAM MURID PENYAYANG

Program Murid Penyayang telah dijalankan pada hari Jumaat, 11 Mei 2012.
Tujuan Program Murid Penyayang adalah sebagai langkah untuk menanamkan sifat penyayang di kalangan murid dan menunjukkan kasih sayang terhadap ibu sempena Hari Ibu.
Program ini berjaya dijalankan dengan bantuan guru-guru dan PPM.
Acara yang dijalankan termasuklah, kata-kata aluan dan ucapan oleh puan Guru Besar dan ceramah tentang kesedaran menyayangi ibu yang dikendalikan oleh ustaz Muhd Mukhlis b Abdullah . Semua murid membuat kad ucapan Hari Ibu untuk ibu mereka. Aktiviti ini dibantu oleh guru-guru dan PPM.

Add caption

 
"Suprise!!" oleh guru-guru SKPK Jalan Hutton menyediakan 
Kad Ucapan khas buat Guru Besar tercinta.

No comments:

Post a Comment