Encik Baharoom Umar, YDP PIBG SKPK Jalan Hutton turut serta menjalankan program tersebut. |
Search This Blog
SKPK JALAN HUTTON
BLOG SKPK JALAN HUTTON
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
13 June 2012
MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG
Program Guru Penyayang telah dimulakan pada 1 Mac 2012. Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dalam pelaksanaan amalan Guru Penyayang ini dijalankan bertujuan agar guru-guru di SKPK Jalan Hutton khususnya membudayakan sikap kasih sayang di sekolah serta memiliki sifat kepedulian terhadap murid-murid tanpa mengira bangsa atau agama. Alhamdulillah, aktiviti ini berjaya dijalankan secara berterusan di mana guru-guru yang bertugas mingguan bersama barisan pentadbir turut serta dalam menyambut kehadiran murid (15 minit sebelum proses P & P dijalankan) pada setiap pagi persekolahan. Selain itu, dalam pelaksanaan amalan Guru Penyayang ini juga, guru-guru SKPK Jalan Hutton turut menjalankan program Mentor-Mentee yang dijalankan secara berterusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment