Sambutan ini telah diadakan pada 17 Januari 2012 ( bersamaan hari Jumaat) .
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh semua guru, staf dan murid Islam di Bilik Gerakan .
Seterusnya, murid-murid beragama Islam berkumpul dan bersedia untuk perarakan Maulidur Rasul yang dijalankan di Padang Sekolah SK Sri Tanjung.
Perarakan ini diketuai oleh Ustaz Mukhlis.
Selepas itu, semua murid ke kantin untuk rehat.
Majlis disambungkan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mukhlis di dewan
dan bagi murid bukan beragama Islam, murid-murid berkumpul di Bilik Gerakan bagi menjalani aktiviti Pendidikan Moral.
Selesai ceramah, acara diteruskan dengan aktiviti kuiz bagi Tahap 1 dan Tahap 2 yang dikendalikan oleh Puan Norahanum.
Seterusnya ialah persembahan nasyid oleh murid-murid.
Sebelum majlis berakhir, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab kuiz tersebut.
Majlis berakhir pada jam 12.10 Tengah Hari.
No comments:
Post a Comment