Search This Blog
SKPK JALAN HUTTON
BLOG SKPK JALAN HUTTON
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
05 March 2012
Program "Gunakan Saya"
Program "Gunakan Saya" telah berjaya diadakan pada hari Jumaat , 24 Februari yang lalu. Program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran kepada murid khususnya tentang kebaikan dan kelebihan aktiviti kitar semula supaya mereka lebih peka terhadap alam sekitar. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mukhlis, dan diteruskan dengan aktiviti senam robik dan seterusnya murid dan guru serta PPM ke dewan bagi menjalani program ceramah kesedaran tentang aktiviti kitar semula ini yang dikendalikan oleh Cik Shuhaini. Segmen ini juga melibatkan murid untuk mengenali tong-tong kitar semula. Murid kemudiannya keluar rehat dan program disambungkan dengan aktiviti mewarna bagi murid prasekolah dan tahap 1 dan pertandingan kuiz bagi murid tahap 2. Program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah oleh Puan Guru Besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment