Pada 21 Jun 2012 ( Khamis) yang lepas,
Panitia Kemahiran Hidup SKPK Jalan Hutton telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Empangan Teluk Bahang dan Straits Quay.
Lawatan ini diketuai oleh ketua panitia Kemahiran Hidup iaitu Encik Zawadi bin Ghani. Semua murid dan guru menaiki bas sekolah ke kawasan Empangan Teluk Bahang.
Seterusnya, rombongan tersebut berjalan kaki lebih kurang sejauh1 kilometer sehingga menuju ke pondok rehat di kawasan empangan itu.
Hampir 30 minit selepas berada di sana, semua ahli rombongan menuju pula ke Straits Quay.
Murid-murid kelihatan sungguh gembira dan teruja melihat kapal-kapal layar di sana sambil menikmati angin laut yang segar.
Warga sekolah juga lebih teruja kerana diberi peluang untuk berjalan di sepanjang laluan ke kapal tersebut.
Seorang murid juga bertuah kerana diberi peluang untuk menaiki dan berdiri di atas dek di sebuah kapal layar tersebut.
Sebelum pulang ke sekolah, rombongan tersebut terus menuju ke KFC Jalan Larut untuk menikmati hidangan tengah hari di sana.
No comments:
Post a Comment