Aktiviti di Bukit Dumbar
Aktiviti luar bilik darjah ini dijalankan di Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang.
Murid-murid bergerak ke Bukit Dumbar menggunakan bas sekolah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat berkenaan adalah
aktiviti senamrobik yang diketuai oleh
guru-guru pelatih USM, Cik Sabrienna, Cik Rusila dan Cik Nanie.
Selepas itu, murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
dan melakukan aktiviti membuat kolaj menggunakan
bahan-bahan di sekeliling Bukit Dumbar dengan bantuan
oleh guru-guru dan pembantu pengurusan murid.
Selepas kesemua aktiviti selesai di Bukit Dumbar,
murid-murid dan guru-guru serta pembantu pengurusan murid bergerak ke
KFC Batu Lanchang.
Kenduri Makan Durian 2011
Kenduri makan durian merupakan antara
salah satu aktiviti tahunan yang dilakukan di SKPK Jalan Hutton,
Semua murid dan guru berserta staf sekolah akan menjamu selera
durian setiap kali musim durian.
Lawatan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang
Lawatan ke Bukit Bendera adalah salah satu aktiviti yang dijalankan
dalam tahun ini.
Antara tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk menaiki
keretapi bukit baru yang baru sahaja dinaiktarafkan .

Aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani di Sekolah
Aktiviti ini dijalankan juga adalah bersempena dengan perpisahan guru-guru pelatih USM yang
telah menamatkan latihan praktikum mereka di sekolah ini.
Sempena itu, murid-murid menjalani aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal
yang diketuai oleh 3 orang guru pelatih ini.




Larian 1 Murid 1 Sukan
di IJM Promenade, Pulau Pinang
Larian 1M1S yang dijalankan pada 2 Julai 2011 ini juga melibatkan ibu bapa murid-murid.
Ianya dijalankan di IJM Promenade, Pulau Pinang seawal jam 7.45 pagi.



Lawatan Motivasi dan Kerjaya Murid ke Kedah Darul Aman
Lawatan ini dijalankan ke Muzium Padi, Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara,
Menara Alor Setar selama 2 hari 1 malam.
Murid-murid dan guru yang terlibat menginap di Damai Park Resort dan menjalani aktiviti-aktiviti
berkaitan dengan motivasi murid.
No comments:
Post a Comment