Mulai 30 Julai 2012, program pemeriksaan gigi telah dijlalankan oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan, Jalan Macalister, Pulau Pinang ke atas semua murid SKPK Jalan Hutton sehingga 10 Ogos, 2012.
Search This Blog
SKPK JALAN HUTTON
BLOG SKPK JALAN HUTTON
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
30 July 2012
24 July 2012
MURAL
Mural baru yang diusahakan oleh guru-guru SKPK Jalan Hutton ini terletak bersebelahan Bilik Kemahiran Hidup, berdekatan dengan kantin dan Sanggar Bestari.
Mural ini diilhamkan lukisannya oleh Encik Ismail b Dahaman (ketua)dan dibantu oleh Ustaz Muhd Mukhlis b Abdullah dan Encik Shahrizal b Abu Seman. Guru-guru yang lain dan PPM juga turut membantu menyiapkan mural tersebut.
17 July 2012
Pasukan futsal SKPK Jalan Hutton
Inilah barisan futsal SKPK Jalan Hutton bersama 'coach' dan puan Guru Besar sebelum bertolak ke padang Kelawai untuk berentap dalam Pertandingan Futsal. Kami masih menunggu berita dari pasukan sekolah kami. Semoga berjaya!!
11 July 2012
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN
Senamrobik 1Murid 1Sukan ini dijalankan serentak di seluruh negara pada 10 Julai 2012 (Selasa).
Senamrobik tersebut diiringi dengan lagu rasmi 1Murid 1Sukan di mana langkah pergerakannya seperti dalam cakera padat yang dibekalkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ada juga ibu bapa yang turut melibatkan diri bagi menjayakan aktiviti ini.
Ayuh Bersenam !
03 July 2012
Kenduri Makan Durian
Aktiviti tahunan SKPK Jalan Hutton ialah antaranya kenduri makan durian . Semua murid sungguh gembira menikmati durian.
01 July 2012
Merentas Desa
Acara merentas desa SKPK Jalan Hutton telah diadakan pada 27Jun2012 di Taman Belia, Pulau Pinang. Murid dibahagikan kepada beberapa kategori iaiti, murid prasekolah terbuka, murid lelaki tahap 1, murid perempuan tahap 2, murid lelaki tahap 2 dan murid perempuan tahap 2. Setelah selesai menjalani aktiviti larian merentas desa ini. Murid-murid bermandi manda di kolam renang Taman Belia. Sungguh 'excited' masing-masing. Mungkin akan ke sana lagi selepas ini!
LAWATAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KE EMPANGAN TELUK BAHANG DAN STRAITS QUAY
Pada 21 Jun 2012 ( Khamis) yang lepas,
Panitia Kemahiran Hidup SKPK Jalan Hutton telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Empangan Teluk Bahang dan Straits Quay.
Lawatan ini diketuai oleh ketua panitia Kemahiran Hidup iaitu Encik Zawadi bin Ghani. Semua murid dan guru menaiki bas sekolah ke kawasan Empangan Teluk Bahang.
Seterusnya, rombongan tersebut berjalan kaki lebih kurang sejauh1 kilometer sehingga menuju ke pondok rehat di kawasan empangan itu.
Hampir 30 minit selepas berada di sana, semua ahli rombongan menuju pula ke Straits Quay.
Murid-murid kelihatan sungguh gembira dan teruja melihat kapal-kapal layar di sana sambil menikmati angin laut yang segar.
Warga sekolah juga lebih teruja kerana diberi peluang untuk berjalan di sepanjang laluan ke kapal tersebut.
Seorang murid juga bertuah kerana diberi peluang untuk menaiki dan berdiri di atas dek di sebuah kapal layar tersebut.
Sebelum pulang ke sekolah, rombongan tersebut terus menuju ke KFC Jalan Larut untuk menikmati hidangan tengah hari di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)